Red Bow Tie

widgets

Wednesday, 18 December 2013

Busy Day Lazy Day

Assalamualaikum.
Hello havoc :)

Hari baru nak update. Dua hari lepas sibuk satu hal malas nak update pun satu hal. Alhamdulilah hari ini jari ni rajin nak menaip. Actually, dalam hati ingat ja nak update da ja spend time kalau nak update tapi ntah kenapa la. Pemalas ia amat. Ni tumpang rajin so update la. 


Tugas dari hari isnin hingga rabu. Aku hanya siapkan report yang ada saki baki yang perlu diselesaikan. And dalam masa yang sama ada la jugak kerja-kerja sampingan yang perlu dibuat. Tugas kali ni, hari ahad. Aku buat pa erkkk? Lupa pulak. Hehe. Boleh pulak ku  lupa.  -____-. Haha


Time hari ahad tu aku siapkan serba sedikit report website tu. aku sampai-sampai ja office terus siapkan mana tak siap lagi. Ada aku tak faham tentang kelemahan website tu. Pastu nak kena buat Gantt Chart. Pastu aku pebetulkan lah apa yang tak betoi kat report tu. Okay, bagi semua aku buat tu, semua aku minta pandangan dan pendapat senior yang ada. Pasal kelemahan tu kami berkongsi ilmu. Pasal Gantt Chart tu aku buat sendiri dengan gunakan software DesignGantt. Btw, cara nak buat Gantt Chart tu aku explore cari sendiri cara mudah nak buat Gantt Chart. Senior panduan aku untuk aku dapat pandangan depa. Pastu selesai. Software DesignGantt tu hampa cari sendiri okay. Kali ni aku tak dapat bagi link sebab aku lupa. Haha. 


Untuk hari isnin punya cerita aku still siapkan report. Tiba-tiba, En.Shukri beri tugasan untuk buat slide. by indivudual. So, aku pun baru belajaq guna prezi tu. So pa lagi, buat la kan. Prezi kan nampak kelainan. Hehe. Pastu dah siap bagi pada En. Shukri. Pastu dah nilai dia panggil aku, Kak Aisyah, Abang Nazri and Abang Shah. So kami bergabung nasib tak meletup jadikan slide tersebut guna Prezi. So, depa pun bahagi tugas bahagian aku picture screen and crop pastu buat video. Buat video ni, aku punya la mengong tahap gaban terasa simple sangat. Pastu nampak abang Nazri guna apa ntah. Aku pun tanya la kan. Dia bgtau senang ja. Haha (dia gelak). Aku senyum. Hehe. Dia kata Stupeflix. Nanti aku cita pasai Stupeflix ni. (Pendakatan baru untuk aku).


Eh ehh, lupa nak bgtau pasai Stupeflix ni. Nanti hampa taip ja Stupeflix. Keluaq la nanti pastu Login pastu guna. Okay, Stupeflix ni dia menarik bila buat video. memang nampak gempak la. Tapi, bila nak buat video satu lagi ka pa dia kena guna account la kiranya hanya boleh guna sekali ja. So sad:( Itu la kelemahannya. Apa kata bagi ja guna sebulan ka. Nampak no kedekut. Huh!!
Tu ja nak bagi tau. :D Hee


Tapi untuk hari ni, kan Kak Aisyah buatkan slide tu. Dah siap da bagi pada En. Shukri. Pastu En tunjuk pada staff yang lain. Pastu, En Kadri ni minta Kak Aisyah edit balik da yang dia komen sikit-sikit. Pastu kami buat kena buat balik sebab lagu tak kena dengan slide tu. Maaf maaf ya. Aku pun buat balik, elok dah buat tunjuk kat En. Kadri tu dia pun kata Okay(Tunjuk jari lagi) :D. Okay, lepas tu siap aku bagi pada Kak Aisyah untuk letak dalam slide tu. 


Kita yang merancang Allah yang tentukan. Tak faham kan? Nak tau kenapa. Ni cerita hari ni. Sobs sobs. Bila dah turun makan kenyang semua. Kak Aisyah mai bgtau video tu bila Prezi dia kata Missing Video :( Pastu Abang Nazri tolong buatkan. So dah tu, edit sikit. Dah siap video. Lega sangat bagi pihak Kak Aisyah. 


Before tu, aku nak cakap nak orang tahu sekarang ni kalau aku tak dak kerja pa. Aku akan explore macam-macam tentang macam mana nak buat video yang menarik, buat slide yang Wow!! Haha. 


Btw, sampai sini je lah ye. Doakan tuan punya blog terus rajin update ! :D dan dan dan tak lupa nak bgtau saya rindu sangat pada rakan seperjuangan saya. :)


I feel good so much ! Sampai lupa dah masuk minggu ketiga aku LI kat sini. :D



Friday, 13 December 2013

Tingkatkan Prestasi Tambahkan Ilmu Dalam Diri

Assalamualaikum
Hello havoc :)


Firstly , ermm semalam tak sempat nak update sebab sibuk siapkan report. Btw, report dah siap setengah la tu yang dapat update jugak. Then, Jurnal pun dah siap tulis. Btw, hari ni tak tau knp rasa mood tak berapa nak elok luaran nampak senyuman dalaman tak tau knp rasa tak sedap hari ja. Tapi tak pa. Okay, aku teruskan dengan cerita hari ni. Nak taip pun malas. Nak cerita pa pun malas. Ya Allah!


Btw, semalam dah Present tentang website yang kami semua buat tu pastu En.Shukri pun pumpang-pumpang kat kami sebagai segala kesalahan itu ambil pengajaran dan cuba perbaiki. Thanks a lot!
Then, Abang Shah pun tukaq stategi cara bahagi tugas. So, ku ditugaskan sebagai untuk tulis report dengan testing. Bagi aku tak dak masalah sangat buat tugas ni sebab aku ada pengalaman buat report tu semua. Cuba menambahkan lagi la ilmu pengetahuan aku. Tu ja. 


Today, sambung buat laporan tu. Pastu buat minit mesyuarat. Minit mesyuarat ni aku keliru sangat aku cari kat Internat ada yang macam ni ada yang macam tu. So, aku pun tanya la Kak Aisyah so dia bagi la tahu macam mana nak buat. So, aku dapat tambah lagi ilmu aku. Lepas tu dah siap semua kerja baru la dapat tulis jurnal dan update blog ni. 


Okay, sampai sini je lah ye. Nanti kalau mood kita elok kita update panjang berjela-jela. Hihi. 


Bubye :) Terima kasih sudi baca cerita hari iniiiiiii. Hehe





Wednesday, 11 December 2013

Key-in File sampai mengantuk

Assalamualaikum.
Hello havoc :)


Btw hari ni dah hari rabu, Hari orang kata tarikh yang cantik awesome gitu la kan. 11/12/13. errrk? sampai naik muntah aku tengok kat fb, twitter dan insta. bagi aku biasa ja tarikh tu tak dak pa yang menarik pun. Kesian kat hampa noh. Hihi.


Then, aku ni mai-mai office dah tau dah mesti boring punya sebab tak dak kerja pa aku nak buat. So, ku pun bagitau kat Kak Mila kalau ada kerja apa-apa bagi la boring ni tak reti nak duk saja melengung macam ikan termenung :D. Pagi tu aku pun buat la hal aku dulu pastu dalam pukul 11 macam tu la Kak Rozie panggil minta tolong key-in kan file data token. Dari file addsite ke bayaran. Sebenaqnya aku tak tau dan tak faham pun fail tu untuk pa. Aku main buat ja! Haha


Lepas rehat tu, aku sambung kerja aku balik buat punya buat sampai naik mengantuk akhirnya siap jugak pukul 4 tadi. lega rasanya. Sebab bayangkan la banyak ada dalam 1000 lebih. Fuhhh, bayangkan? Letih oooo. Sakit pinggang.


Lepas tu terdetik dihati ini, ni baru sikit buat kerja. Terbayang kedua ibu bapa ku kerja cari rezeki nak bagi anak-anak hidup senang. Terharu bercampur sayu.



Alright, sampai sini je lah aku cerita erkkk. Sebab tak dak pa nak diceritakan lagi dah.



Seronok sebenarnya dapat kerja baru rasa diri aku sempurna sikit. Sebab aku ni tak suka melangut tongkat la dagu tu. Lenkali, encik puan mak cik pak cik atok nenek ada apa-apa kerja yang tak bertindih dengan mana-mana kerja cari lah saya ia. Saya sedia menanti :P

Bubye :)

Tuesday, 10 December 2013

Selesaikan Kerja dan Cuba Yang Baru

Assalamualaikum
Hello Havoc:) Hoho

Alright, okay hari dah masuk hari ke 2 minggu ke 2. Dah jadi rutin harian kena update setiap hari pa aku buat kat Kedah-IT ni. Aku tengah ngaga ka? Menguap ka? Menongkat lagu ka? haha. Itu biasa ku buat. Haha.


Btw, hari ni aku settlekan Map aku tu. Aku pikir nak keluaq p pos la kan map tu. Pastu minta kebenaran En. Shukri dia kata hantaq ja under company. Aku lagi suka la jimat minyak duit aku. So, ku pun p tanya Kak Rozi then Kak Rozi pun suruh la isi borang pa ntah nak hantaq. Aku pun isi. Pastu dah selesai. Habis cerita. Alhamdulilah.


Selepas selesai map tu. Aku buat hal aku sendiri. Hihi. Tak dak hal la sangat aku just tolong Fartimah ni sikit-sikit pasai website bahagian Home tu. Tu ja sebab kerja aku dah siap. Pastu ku ni tak tau nak buat pa pikir punya pikir terdetik satu idea. Pa ideanya? iaitu Cantikkan blog yang sekarang dan yang sedia ada ni. Ku nak Simple but nice look! Bukan macam setengah orang buat blog sampai naik pening aku nak tengok. Errrkkk. Macam Errrkk ja. 


Then, aku pun try la tanya cik google macam mana nak tukaq background bagai supaya nampak nice ja. Pastu explore punya explore sampai nak terkeluaq biji mata akhirnya dapat jugak buat. hehe. Suka! :D


Lepas tu kerja harian buka boyfriend dan tulis. Pastu ku pun update! 


Meh, kat bawah ni aku share link untuk cantikkan blog :

http://thecutestblogontheblock.com/

Cuba ok! Mesti teruja nanti. 


Thanks guys sudi baca cerita hari ni.




( Bila kita tak tau nak buat pa, cuba la fikir dan explore something yang baru dalam hidup kita. Jangan buang masa ye! )


Monday, 9 December 2013

Pembahagian Tugas

Assalamualaikum.
Hello havoc :)

Hai, hari ni 9/12/2013
Nak tau tak pa kerja kita buat hari ni. Shuutt!Sorry, sebelum tu. Alhamdulilah aku masih bernafas lagi saat ini. Hee. Hari ni aku berlajar macam mana nak buat website. Lupa pulak, leader untuk tugas ni iaitu Abang Shah. Dia yang bahagi tugas-tugas sapa buat bahagian ni bahagian tu pada kami semua. Hihi.


Firstly, kita mesti la kena ada Xampp, Dreamweaver (kalau nak senang la). Kemudian, Abang Shah bagi file untuk website nak buat Kedah-IT yang baru dan yang lama. Kami pun copy la sekali kan. So, dapat la run semua. Bahagian aku just buat carta organisasi. Tak dak la susah sangat sebab aku dah biasa buat. Lepas tu,  Abang Shah ajaq cara nak edit semua ni la dan dia minta buat storyboard ( flow macam mana design). Hihi


Lepas tu aku pun try la buat sikit-sikit sambil tunjuk kat dia kalau ada masalah. Then, masa dah menunjukkan pukul 1 tengah hari perut minta diisi. Dah isi semua, buat pa yang patut dulu. Masuk office, terus sambung kerja tadi. Pastu buat punya pulun buat dah siap. Then, tunjuk kat Abang Shah dia cakap....... nak tau pa dia cakap pa? Dia cakap okay. yeeehhuuuuu! Dah siap. So relex goyang kaki. Hehe. 


Pastu aku pun tak dak la buang masa. Ku buat benda berfaedah ok. Pastu jurnal tak kan ku lupakan. Dia boyfriend aku kod sekarang. Dah selesai tulis jurnal untuk hari ni. So, aku dapat la luangkan masa aku dengan update cerita aku hari ni supaya balik rumah nanti aku boleh leandingkan badan yang sedia besaq ni sambil baca novel. Haha.


Btw, sampai sini je lah. Tak dak idea dah nak diluahkan. :D

Tuan punya blog ni nak berterima kasih pada siapa yang baca cerita hari ni. 


Haa, tengok ni.




: P


Saturday, 7 December 2013

Note!

Assalamualaikum.
Hello havoc :)

Hai guys! Nak tau tak, aku lupa nak upload note dalam ni sebenaqnya aku dah letih lama mengadap laptop ni. Tak pa la. Demi nak share note-note yang aku ada aku tak kesah la mengadap lama-lama ni. Hee. Aku akan letak kat bawah ni link nak cari segala note SDLC dan PHP/ MYSQL :D

Tapi nak tau kenapa aku tak nak letak note slide ku buat tu sebabnya aku nak hampa cari sendiri. Aku just bagi link ja. Hampa explore sendiri k. Kalau bagi free ja tak baca nanti. Hehe. : P. Harap dapat memuaskan hati hampa k.

Share link :
http://en.wikipedia.org/wiki/Waterfall_model

http://www.youtube.com/watch?v=X1c2--sP3o0

http://www.tutorialspoint.com/sdlc/sdlc_waterfall_model.htm

http://www.w3schools.com/php/php_intro.asp

http://www.w3schools.com/php/php_mysql_intro.asp

Insyaallah, harap sangat note ni berguna untuk hampa semua. 

Bubye:) Thas's all for today. Jumpa isnin ni ok. Doakan semoga tuan punya blog buat kerja semua berjalan dengan lancar nanti okay :)

Lot's of love with Kedah-IT (Thanks for reading!) : D





Second Presentation

Assaalamualaikum, hari kelima hari Jumaat dah.
Hellop :)


6/12/2013.
Alhamdulilah, aku dapat bernafas lagi saat ini. Masuk hari Jumaat dah 5 hari ku praktikal di Kedah-IT ni. Eh? Tapi jangan lupa. Pada hari tersebut ada presentation lagi. Eh? Betul ka? macam mimpi ja. Hihi. 

Firstly, pukul 8.30 pagi macam biasa la masuk office kan. Lepas tu prepare untuk presentation nanti. So sementara dok prepare tu seorang kakak kecik manis orangnya (kak Mila) dia buatkan kek coklat dan dia bagi kat semua yang ada  kat officce. Actually, kek coklat tu memang kesukaan aku kod. Dah tu pa lagi aku pun menikmaktinya hingga tak ingat dunia. Hehe. Sorry! Lupa pulak nak wish Terima Kasih kat kak Mila sebab bagi kek coklat tu. Hihi.

Meh tengok ni. : D

Kek coklat Kak Mila



Sekarang ni baru nak cerita pasai Presentation ni. Tapi ketandusan idea sangat. Sementara masih ingat hari Jumaat tu buat apa, baik aku taip sekarang. Hehe.


Lepas makan kek coklat tu semua. dalam 8.45 macam tu kami semua masuk bilik perbincangan. Get ready nak present nanti. So, tunggu punya tunggu. Pada jam 9.30 pagi bermulah presentation didahulukan dengan aku dulu dan diteruskan dengan yang lain. 

Dah lama aku pumpang-pumpang kat depan tu dengan gunakan bahasa Inggeris(nak tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris) lepas tu ada aku tersilap cakap. Ku sebut for you opinion (for you information) sebenaqnya. Thanks yea Encik Shukri sebab teguq. Lepas ku present diteruskan dengan Fatimah, Firman dan Helmi.

Omey-omey ja depa ni present. 

#si Fatimah : Okay ja dia present.

#si Firman : nak cerita bagi. Lawak doh dia ni. Sebelum present 2 3 kali keluaq masuk p toilet. Lepas tu time dia present berpeluh-peluh *aku bukan main gelak. Pastu En Shukri suruh ambik aiq kat dia. Aku pun amik. Dia present la panjanh lebaq kat slide dia tu. tapi aku faham apa dia terang. 

#si Helmi : dia ni pulak. okay present tapi dia present baca slide bukan main. Dia present omey-omey ja dia baca. Ewah. *seronok pulak nanti ku puji dia comel : P*



Lepas dah present semua tepat-tepat 12.30 tengah hari. So aku pun berangkat pulang ke rumah menikmati makanan masakan oleh ibu tercinta. Sedap oooo. Lepas tu lending dulu pukul 2.15 cemtu aku dah gerak p office balik. *maklumlah rumah dengan office dekat 15 minit dah sampai. Hehe. 

Untuk maklumat semua, En Shukri minta buat blog. Aku pun mula la merapu meraban dalam ni. Buat la blog tu sementara tunggu ada metting pukul 4.45 cemtu. Actually metting kali ni, aku dengan kawan-kawan yang lain kena buat website untuk Kedah-IT. Jadi ada abang putih encem-encem(abang shah) dengan abang nazrin dan kak aisyah akan lead kami yang junior ni. Abang shah yang akan decide bagi tugas sapa buat pa buat ni bagai. So aku ditugaskan dengan fatimah minta kat Kak Rozi carta organisasi company la. Rakan-rakan yang lain jugak ada tugas lain.

Btw aku tak kan nak buat ni ja kan. So aku pun nak decide diri aku nak buat juga website tu. Hehe. Boleh ka buat haaa? Bila fikirkan balik, boleh aku kena boleh jugak. Sebab aku teringin sangat nak buat sendiri. Tapi apakan daya. kat Kedah-IT ni aku akan buktikan aku jugak boleh ya! :D


Merana la jugak jiwaaaaa aku ni. Bila fikir nanti ada task nak kena buat system sendiri. Insyaallah :) Aku boleh! *berharap sangat boleh buat* time tu jugak aku berharap jangan la mai migrain ka pa . Sedih okay bila fikir banyak sangat mula migrain tu mai mula la tak boleh fokus buat kerja. 

Muehehe. Apa pun, ku terima dan reda dengan apa yang Allah swt dah aturkan untuk aku :)

Terima kasih semua yang sudi baca story ni. Kemain banyak aku taip ni. Tak larat dah. 






Friday, 6 December 2013

Cari Maklumat

Bismillahirohmanirrahim, Assalamualaikum :)


Sebenarnya hari Khamis ni just teruskan cari makulumat nak present keesokkan harinya. Dah rasa malas sebenaqnya nak menaip ni. Kan dah lama aku depan laptop ni berblog dari tadi. Hehe. Update jangan tak Update. Syukur alhamdulilah, aku dah selesai cari maklumat. Sekarang ni aku dalam mood senang hati sedekit. Dah sekian lama aku duduk mengadap laptop cari maklumat tentang PHP/MYSQL ni tapi ntah kenapa aku rasa tak puas hati lagi dengan maklumat yang aku cari tu. Beberapa jam kemudian, ada satu idea terkeluaq dari pemikiran ni. Ting * Hehe. nak tau pa?Ce Teka?aku jugak yang jawab nanti. Baik takyah tanya. Haha. Teringat dulu kawan aku Present Final Project guna satu Software yang diberi nama Prezi. So, ia membawa kita ke alam presentation yang sempoi. Gempak gitu! Hehe. 


Haa! At last, aku pun download, explore macam mana nak guna. Alhamdulilah. Hehe. Dalam masa yang jugak aku pun pa lagi nak cepat tak nak buang masa. Dah lama fikir, aku pun buat la slide presentation tu guna Prize. Dah tu pa lagi kawan-kawan p kat cik Google tu search la Prezi namanya. Seronok aku guna Prezi ni. Alhamdulilah. Urusan aku dipermudahkan olehNya.

Nak letak link Prezi ni, tapi jangan lupa download tau nanti. So, nanti pepandai la install dan gunakannya. Hihi. Tapi ia berguna sangat. Just to share : http://prezi-desktop.en.softonic.com/  

Tak pernah try kan nanti try. Phew! Letih la jugak nak guna Prezi ni. Hihi.

Itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi :) jangan lupa download woiii. Hihi. Jangan risau presentation kita nampak kelainan disitu. 




Presentation! Atiqah| Fatimah| Helmi | Firman

Assalamualaikum.
Hai apa khabar orang yang tengok blog ni? Sihat? Kita bertemu lagi dalam In Love With Kedah-IT. Hehe.


Pada 4/12/2013 yang lalu, aku dengan kawan yang lain telah pun bersedia dengan nota-nota nak presentation nanti ni. Dimana kami semua present dalam bilik perbincangan. Present view dekat Tv kod (aku terpesona seketika) first tiiimeee. Haha. Amboih.

Presentation ni dimulakan oleh aku seterusnya fatimah, firman akhir sekali hemi. Kami pun present la pumpang-pumpang kat depan tu. Nak jadikan cerita ada benda yang kami tak berapa nak faham. Seterusnya, dah habis mereban kat depan En Syukri dengan Kak Rozie. Dari situ En Syukri dah nilai kami, So dia pun bagi pandangan dan pendapat. Kemudian, dia minta kami present balik setiap bahagian kami tambah lagi dengan PHP/ MYSQL ni. Hihi. 


Aku dan kawan yang lain pun teruskan dengan kerja kami tu. Cewah wah wah :P. Aku yang sudah semestinya laju la siapkan kerja tu. Cari maklumat cuba fahamkan then masukkan dalam slide. Hiks. Pastu dah siap. Jom Balik. Haha. 


Sekian saja cerita untuk kali ini. Ada masa lagi ini. Aku nak post lagi la sebelum aku berhenti pukul 11.50 nak tengok Running Man! :D


Rasanya aku terlupa sesuatu nak bagitau. Eh, segala nota PHP/MYSQL tu nanti lepas present aku letak kat blog ok. 





Ini la yang aku terpersona jakun seketika sebab present kat Tv doh :D



Memperkenalkan. jengjejeng Encik Shukri dan Kak Rozi. Wink!
(Serious oooo)




# Pernah buat kan macam gambaq kat atas ni. Apa? Tak Pernah? Tipu lah. Haha. Ingat nak percaya ka haaa. :P

Nothing much to do

Assalamualaikum. 

Dah masuk hari ke2(3/12/2013) aku kat Kedah-It ni. Hari ni goyang kaki. Tak dak lah. Aku dok depan lappy explore benda baru. macam aku explore sebab dah tak tau nak buat pa. 

Pastu aku pun buka la website Kedah-IT. Cari punya cari mana website dia ni tak jumpa pun. Lama aku cari. Rupa-rupanya tanya staff website tu under maintenance. Ohhhh i see. Haha. Masa tu aku pun black tak tau nak buat pa. aku pun berfacebook, bertwitter, beryoutube, bergame, berdownload. Haha. 

Haha. aku bukan nak ambik kesempatan buat benda-benda macam tu time kerja. tapi dah aku tak tau nak buat pa tu jelah kerja aku. Faham tu ok? nanti kata aku ni pemalas pulak. Aku tumbuk nanti(gurau-gurau). Haha.






:p That's all. Haha. Goodbye. See you for next story :)

Hi. Kedah-IT

Assalamualaikum.
Hello peeps! Hoho.

Alright, it been almost 4 month i must update about our practical in Kedah-IT department. Dah lama tak update blog sendiri tiba-tiba buat blog baru update tentang ku kat tempat praktikal ni.


In my mind, nothing much to story(nothing sangat tiba-tiba panjang lebar je cerita kan) Hoho. Btw aku tengah buat praktikal kat Kedah-IT untuk semester akhir kos Programming! 
I love Programing much much -_- . Haha .. Untuk malam ini. aku luangkan masa nak update blog ni. Hihi. Aku dah lapor diri pada 2/12/2013 di Kedah Information Technology SDN.BHD ni. Aku mai awai kod sebelum pukul 8 dah terpacak depan office. Havoc tak?? haha. 

#Flashback balik sebelum nak daftar ni ha. Aku ni dalam fikiran biasa la.macam-macam persoalan dan suratan. Mula la fikir. Betul ka tempat ni? aku ada kawan tak nanti? orang-orang dalam ni gila-gila macam aku tak? boleh pakai pakain pa ja kat sana nanti? takutnya kalau salah kena marah? macam-macam lah fikir kan. tapi semua tu hanya bermain difikiran sahaja. Hee. 

Alhamdulilah, masa ku sampai ja kt depan office tu da seorang gadis(Fartimah) terserempak dengan dia tanya la dia practical jugak ka? dia kata "ya". lepas tu kami pun terus berkenalan. mula sembang gebang disitu hingga tunggu office buka. Kemudian, dah buka. Ada akak omey-omey putih gebu mengandung lagi(Kak Ida) panggil masuk duduk kat dalam office tu. tunggu lama la jugak kenalan lagi sorang laki namanya(Helmi) keding orangnya. Pastu ada kakak ni tinggi, pakai kaca mata gitu haaaa omey-omey ja senyumannya(Kak Roziah) ajak masuk office. Masuk la aku dengan rakan-rakan yang lain terkedek-kedek ikut belakang dia. Pastukan, Kak Rozi pun bagi tempat untuk kami. 

Tempat dia selesa. Kerusi boleh pusing-pusing(jakun seketika) wana ijo(hijau) lagi. Sedap mata memandang persekitaran pun bersih. Kemudian, tunggu punya tunggu. pukul 9.30 pagi ada first meeting. So, semua berkumpul kat bilik meeting la kan. Kemudian, seorang jejaka tampan lagi rupawan(En. Shukri) dia mulakan perkenalan tersebut. Lepas tu kami, semua kena perkenalkan diri masing-masing. So ada la persoalan-persoalannya. 

Selepas meeting tersebut aku dan kawan-kawan yang lain diberi tugasan. Opps! Lupa pulak nak kenalkan kawan-kawan. Mereka ni macam adik saya la sebab depa 19(belasan lagi uuaalls) aku ni dah 20an. Nama depa ni Fartimah, Helmi dan Firman.(pasal depa ni lain kali la ku cerita). Kita kembali ke tugasan pertama yang diberi pada kami iaitu Presentation. Ahhhhhhhh. What? Presentation? OK. Go on. Hihi. 

Kami pun p la duk dekat bilik perbincangan tu. bincang la pa nak buat? sapa nak cari pa? (bahagi tugas la kan) baru fair. Tak gittuuww kau mak jemah :p. haha. Okay. kami pun cari dan terus mencari maklumat tentang SDLC iaitu System Development Life Cycle. Lepas cari tu buat slide dan siap sedia untuk present nanti. Itu saja untuk hari pa yang berlaku hari Isnin hari tu. Ewah kau haaa :D

Thanks you so much guys read my story!







Salam